Sunday, March 20, 2022

ILMU CAHAYA KEHIDUPAN

 KEWAJIPAN MEMUNTUT ILMU

  • Matlamat pendidikan di dalam Islam bukan sahaja bertujuan untuk mengisi fikiran kanak-kanak dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga untuk memupuknya dengan akhlak dan nilai-nilai murni.
  • Selain itu, matlamat pendidikan Islam adalah untuk membangunkan individu yang sempurna dari aspek jasmani dan rohani bagi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. serta membentuk sifat rabbani bagi melahirkan insan kamil dan individu yang bertakwa.
  • Pendidikan juga mendasari proses pembangunan modal insan yang berinovatif dan berkemahiran tinggi.
  • Oleh itu, kita diwajibkan mendalami ilmu pengetahuan sebagai ubat kepada kejahilan. Kewajipan menuntut ilmu telah dijelaskan di dalam hadis berikut : 

  • Umat Islam diwajibkan mempelajari ilmu fardhu ain seperti Tauhid, Feqh dah Akhlak sebagai asas untuk menjalani kehidupan berlandaskan syariah. 
  • Kesimpulannya, orang yang berilmu dari segi ilmu dunia mahupun ilmu akhirat akan menjadi pewaris para Nabi dan pemimpin ke jalan kebaikan yang benar. 


ILMU CAHAYA KEHIDUPAN

  KEWAJIPAN MEMUNTUT ILMU Matlamat pendidikan di dalam Islam bukan sahaja bertujuan untuk mengisi fikiran kanak-kanak dengan ilmu pengetahua...