ADAB MENUNTUT ILMU
Ilmu ibarat cahaya yang menyuluh kehidupan. Sebelum kita meneroka adab-adab menuntut ilmu, mari kita menguji minda dengan melakukan kuiz digital :
🧷https://wordwall.net/ms/resource/30032135
TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN ANDA👏
Seperti mana yang kita tahu pelajar kini berada dalam era endemik yang mana mereka perlu belajar secara dalam talian. Pembelajaran dalam talian juga mempunyai adab yang tersendiri contohnya seperti rajah di bawah :
Adab yang baik merupakan cerminan atau manifestasi keilmuan seseorang tidak kira semasa sesi pembelajaran bersemuka atau dalam talian. Semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin baiklah adabnya ketika menuntut ilmu dan begitu jugalah sebaliknya (Hasnizam Hashim, 2020). Di samping itu, kejujuran dan tanggungjawab adalah perkara yang paling penting dalam menjaga adab pembelajaran secara dalam talian kerana ia bergantung kepada diri seorang pelajar itu sendiri (Nur Khamisah Adnan, 2021). Hal ini kerana hanya dirinya sendiri sahaja yang tahu perbuatan yang dilakukan ketika sesi pembelajaran berlangsung.
KEPENTINGAN ADAB KETIKA MENUNTUT ILMU
Allah akan meninggikan darjat orang yang berilmu mengatasi kedudukan orang yang berharta. Hal ini dikatakan demikian kerana orang yang keluar rumah dengan niat mencari ilmu ibarat berjihad di jalan Allah. Antara kepentingan mengamalkan adab ketika menuntut ilmu ialah seperti rajah di bawah :
Ingin saya tekankan disini, para ilmuan dan alim ulama' terdahulu mengambil masa yang lama untuk mempelajari adab menuntut ilmu sebelum memulakan pembelajaran. Kefahaman dan kefasihan mengenai adab akan melahirkan keperibadian yang tinggi kerana sesuatu ilmu yang dipelajari disertai dengan adab yang baik akan mendapat keberkatan serta kecintaan daripada Allah (Muhammad Nur Ilman Razali, 2019).
AKIBAT TIDAK BERADAB KETIKA MENUNTUT ILMU
Disini saya sertakan sebuah video yang mengandungi pelbagai akibat seseorang pelajar tidak menjaga adab ketika menuntut ilmu. SELAMAT MENONTON😉:
Menurut Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, sistem pendidikan kini gagal menyemai dan memupuk budi bahasa, akal budi yang tinggi, adab sopan dan budi pekerti mulia di kalangan generasi muda. Hal ini terbukti daripada apabila pelajar-pelajar tidak mengambil endah mengenai pembelajaran secara dalam talian.
Perkongsian ilmu yang menarik dan kreatif,saya suka!
ReplyDelete