KUNCI ILMU
Setiap manusia di muka bumi ini, diwajibkan untuk menuntut ilmu sebanyak mugkin. Namun sebelum menuntut ilmu, banyak perkara yang harus diperhatikan sebagaimana yang telah disampaikan oleh Imam Syafie :
أخي لن تنال العلم إلا بستة سأنبيك عن تفصيلها ببيان ذكاء و حرص و إجتهاد ودرهم وصحبة أستاذ و طول زمان
Artinya: " Saudaraku, kamu tidak akan mendapat ilmu kecuali dengan 6 perkara yang akan aku beritahu perinciannya :
- الذّكاء (cerdas)
- الحِرص (keinginan yang tinggi)
- الإجتهاد (bersungguh-sungguh)
- البُلغَة (kewangan yang cukup)
- صُحبَة الأستاذ (berdamping dengan guru)
- طُول الزمان (tempoh yang panjang)
Bagi menerangkan perkaitan diantara ilmu pengetahuan dan tujuanya, Imam al-Ghazali membahagikan ilmu itu kepada tiga peringkat :
PERTAMA : Ilmu yang berkaitan dengan kepentingan anggota tubuh seperti ilmu sains dan
teknologi maklumat dan ilmu kedoktoran.
KEDUA : Ilmu yang mempunyai kaitan dengan penyucian batin daripada sifat-sifat keji
serta pembaikkan budi pekerti seperti ilmu akhlak dan tasawuf.
KETIGA : Ilmu pengetahuan tentang Allah dan sifat-sifat-Nya, para Malaikat-Nya dan
segala perbuatan yang berkaitan dengannya. Ilmu ini dipanggil ilmu mukasyafah iaitu
ilmu orang-orang shiddiqin dan muqarrabin.
Oleh itu, tujuan yang penting adalah tujuan di mana seseorang pelajar itu mempunyai kepentingan padanya samada mempelajari ilmu berkaitan urusan dunia atau akhirat. Sepertimana kebahagiaan dunia dan akhirat, kebahagiaan akhirat adalah yang lebih utama. Apabila kita mengetahui tujuan kebahagiaan akhirat adalah utama, maka tujuan kebahagiaan dunia akan digunakan untuk tujuan kebahagiaan akhirat.
BAIKLAH SEBELUM MENGAKHIRI TOPIK YANG KITA BINCANGKAN INI, SAYA TELAH SERTAKAN SEBUAH KUIZ YANG MERANGKUMI KESELURUHAN TOPIK INI. SELMAT MENCUBA !
SEGALA PENCAPAIAN YANG DIPEROLEH ADALAH ATAS USAHA ANDA.
TAHNIAH SAYA UCAPKAN👏!
RUJUKAN
Abu Hasan Mubarok.
(2019). Adab Menuntut Ilmu. Jakarta: UIN.
Hasnizam Hashim.
(2020, Ogos 17). BERNAMA. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1870416
Kementerian
Pendidikan Malaysia. (2016). Pendidikan Islam Tingkatan 1. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Nur Ilman
Razali. (2019). Maqasid Shariah dama Adab-adab Menuntut Ilmu berdasarkan Kitab
Ta'lim Wal Muta'alim. Proceedings of the International Conference on Islamic
Civilization and Technology Management.
Nur Khamisah Adan.
(2021). Tanggungjawab Menjaga Adab Menuntut Ilmu semasa Sesi Pembelajran dan
Pengajaran dalam Talian. International Conference On Syariah &
Law2021(ICONSYAL 2021), 220-224.
;) من جد وجد, شكرا كثير على العلم
ReplyDelete