KISAH PENUNTUT ILMU

 KISAH PARA PENUNTUT ILMU


Kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir as
  • Kisah perjalanan Nabiullah Musa as dalam pengembaraan menuntut ilmu bersama Nabi Khidir telah tercatat di dalam al-Quran. Berikut merupakan surah yang menceritakan perjalanan Nabi Musa as menuntut ilmu bersama Nabi Khidir as iaitu surah al-Kahfi ayat 60-82 :

  • Disini saya sertakan sebuah video yang menerangkan kisah perjalanan Nabi Musa as menuntut ilmu bersama Nabi Khidir as. SELEMAT MENONTON !

  • Melalui tayangan video ini, dapat kita ketahui Nabiullah Musa as ketika diuji oleh Allah swt dengan berpeluang menuntut ilmu bersama Nabiullah Khidir as darinya, namun akhirnya Nabi Musa as tidak sanggup menuntut bersamanya. Hal ini kerana ketidak-sabaran Nabi Musa as dalam menuntut ilmu. 
  • Oleh karena itulah pelajaran yang boleh diambil daripada ayat di atas adalah syarat mutlak bagi seorang penuntut ilmu mestilah bersabar dalam menempuhi ujian dan tidak membantah setiap kata yang keluar daripada kata-kata para murabbi.
  • Pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah perjalanan Nabi Musa as berguru bersama Nabi Khidir as ialah :
    1. Mencintai proses dan perjalanan sepanjang mencari ilmu.
    2. Menerapkan sikap tawadu' dan rendah diri kepada guru dalam diri.
    3. Menanam sifat sabar yang tinggi dalam diri bagi meraih kejayaan yang cemerlang.
    4. Konsisten pada tujuan yang sebenar iaitu mencari ilmu dan tidak terpengaruh dengan tipu daya syaitan.
    5. Faham dengan ilmu yang kita cari.
    6. Taat kepada guru dan jangan membantah setiap arahan yang diberikan oleh guru selagi mana arahan itu tidak melanggar syarak.  

1 comment:

  1. Alhamdulillah,terima kasih atas ilmu yang dikongsikan😍.Terbaik👍

    ReplyDelete

ILMU CAHAYA KEHIDUPAN

  KEWAJIPAN MEMUNTUT ILMU Matlamat pendidikan di dalam Islam bukan sahaja bertujuan untuk mengisi fikiran kanak-kanak dengan ilmu pengetahua...